Tak ada apa yang menariknya malam terakhir 2014 ni. Saya tak
rasa apa. Kena rasa apa sebenarnya? Haha. Setidaknya hari ini saya sangat
terkejut dengan keupayaan saya mampu tertidur dalam kelas sedangkan cikgu jarak
semeter sahaja dari saya. Free free kena tegur.
“Ain, keep your ‘ain
(mata) open okay”
Gitu dia punya lembut cikgu pediatric ni.
Lama dah tak menulis random begini, masa banyak je tapi tak
reti urus. Idea pun banyak tapi malas nak susun bagi elok. Biasalah, manusia.
(Begitulah , manusia. Suka benar beralasan sebab ‘manusia’ maka ___ (isi dengan
segala kesalahan/kekurangan)) Sebab tu
lembab. Tak maju-maju. Wawasan 2020, tapi 2015 (unjuran saya) masih gaduh benda
cabang. Tak percaya pergi scroll FB. Tak
nak percaya lagi, berhenti jadi keyboard warrior , pandang sisi baru, baru kau
tahu betapa bodohnya manusia yang suka bergaduh dalam laman sosial ni. Macam tak
ada life. Lepastu mesti kau akan menyesal seperti gelap masa depan bila kau
perasan kau pun salah satu dari jemaah keyboard warrior ni.
Baiklah.
Mudahnya saya list sahaja apa yang random sepanjang 2014
SAYA (narsisistik sedikit. Ampun!) ; impromptu writing konon. Tapi serious, ini
sungguh random.
1.
Saya kembali menjadi manusia normal. Ya, dua
tahun sebelumnya saya agak tak normal, sebab begitulah, takdir Tuhan comel
sangat. Terima kasih Tuhan untuk nikmat normal ini !
2.
Saya diberitahu tiga perkara yang mengejutkan !
satu, saya diberitahu saya tidak layak pakai tudung labuh dan jubah. Kedua,
saya dimaklumkan saya tidak layak memegang jawatan kerohanian, daan ketiga,
saya tidak reti menjaga ikhtilat. Ahha, kenapa saya tulis? Sebab saya mahu
berterimakasih pada insan yang sanggup menasihati saya, walaupun sedikit hina
susunan ayat beliau ketika itu , tapi bagus apa kena nasihat. Kan? Hina tak
hina yang menulis pula saya serah pada Tuhan. Gittew. Haha. Thank you :)
3.
Saya mulai tidak senang dengan manusia yang
terlalu melankolik sadistic pathetic juga romantik tak kena tempat. Rasa nak
marah tak tahu kenapa. Dulu saya juga begini. Tapi selepas satu masa, saya rasa
seperti kurang bijak sangat berlaku begini. Kalau saya tak mampu kawal emosi
dengan situasi luar , maka saya sebenarnya sangat lembik. Jadi by time saya
belajar untuk tukar sudut pandang baru, yang lebih fresh.
4.
Saya dapat tahu rupanya masih ada manusia yang
sanggup buat keputusan dengan assumption. Keputusan yang agak besar saya kira.
Saya syak dia tengok cerita Korea sebelum buat keputusan. Cerita Korea kan suka
ranapkan hati penonton. A suka B. Tapi konon cinta dihalang keluarga B (Notice
the word konon) . Maka A pun buat keputusan biar B benci dia. Supaya B tak
susah kena buang keluarga. Biarlah A yang merana. TAPI , plot twist nya, B
watlek watpis je teruskan kehidupan. Itulah, tengok sangat cerita Korea.
Rasakan. Saya harap A bahagia dengan
keputusan bodohnya, kerana B sangat bahagia dengan keputusan dungu yang A ambil
itu. Kalau kalian tak mahu teruskan pembacaan tak apa tapi ambil take-home
message ni. JANGAN BUAT KEPUTUSAN BILA EMOSI TAK STABIL APATAH LAGI WAKTU BARU
LEPAS TENGOK CERITA KOREA.
5.
Poin ini saya rasa antara achievement terbaik
saya. Saya dah tak kisah orang nak cakap apa tentang kehidupan saya. Maka ini
selari dengan ketenangan yang Allah sudi campak dalam hati saya. Buat salah,
ditegur, perbaiki dan move on. Kena fitnah, watlek, biar Tuhan settle via buku
amalan. Apa nak pening?
6.
Saya agak depressed dengan performance saya
sepanjang memegang amanah jaga takwim ni. So many things I did wrongly. But one
thing for sure, saya banyak belajar dan develop dalam satu sesi ini !
7.
Saya dapat anak buah pertama. Muhammad Mus’ab.
Saya rasa sangat bahagia. Haha
8.
Saya acquired sikap baru yang saya rasa sangat
awesome. Saya mampu untuk tak respon membuta tali ikut amarah dan darah panas.
Awesome sangat. Rasa macam, wow, I can actually shut my mouth off when somebody
said something silly and unacceptable about me. Ini sungguh awesome I literally
almost nak menitis air mata bila berjaya acquired sikap ini. Baru tahu nikmat
Allah campak bila berjaya tahan marah. Subhanallah !
9.
Saya tak tahu ini baik atau buruk. Saya seperti
hilang separuh emosi. Haha. Kadang-kadang bagus, tapi kasihan pada yang
tertempias. Maaf , saya akan cuba beremosi lebih lagi bila keadaan memerlukan.
Jangan marah ya !
10.
Saya bahagia bila mampu buang toxic people yang
menyelubungi hidup saya selama ini. Worth it Alhamdulillah !
Cukuplah. Banyak lagi perkara yang berlaku dan lebih
signifikan tapi ini random writing jadi terima sahaja ya.
Hihi