hari ini 25 januari. cuti annivessary sempena kejayaan di tahrir square.
hari ini 25 januari. kepala berdenyut denyut rasa macam nak pecah.
hari ini 25 januari. tidur setengah hari, terkejut ahli beit kata ibu jatuh toilet. terus bangun dan call on the spot. ibu gelak. tahu ibu sakit, tapi tak nak anak dia risau.
hari ini 25 januari. abang syafiq tengah siap siap nak fly ke indonesia. kak aimi tengah siap siap nak fly ke australia. abg apiz tengah lepak lepak kat rumah. ok sangat jealous semua ada kat rumah.
hari ini 25 januari. kepala yang sakit makin bertambah sakit kenangkan banyak lagi tajuk tak cover. rasa macam nak tidur lagi 12 jam. cukup 24 jam. ada cita cita nak jadi koala bear mungkin.
hari ini 25 januari. tengah sedih sedih, dapat berita kembar lepas cut off point utk fly ke india. another muslimah doctor is in the making inshallah . terus senyum lebar. sujud syukur untuk dia. capai buku, paksa roomate study pharma sekali, study pharma practical. alhamdulillah benda yang kusut Allah buat sangat mudah malam ni.
hari ini 25 januari. kurang sebulan kaki nak jejak jordan inshallah. tak sabar sangat sangat. :)
hari ini 25 januari. matahari punya cerita tersendiri. saya juga. punya cerita tersendiri. apa yang tertera di blog ini, kurang suku dari kehidupan saya yang penuh warna warni. tak terniat untuk meluah segala benda di sini. suka dengan ingatan abang, yang peribadi biarkan terus jadi peribadi. usah beritahu sekalian penduduk bumi. gelora tenang badai angin di hati, biarkan terus di hati. cukuplah untuk menangisi segala kepayahan pada Ilahi. perlu apa pada perkongsian penuh emosi ? hanya mencipta publisiti dan kontroversi ? buang masa.
hari ini 25 januari. terima kasih syida, picitkan kepala . terima kasih juga, sanggup tutup heater sebab saya yang panas kepala. terima kasih juga, sanggup bertahan dengan keras kepala saya. terima kasih juga, sanggup mendengar celoteh saya dari pagi hingga senja [malam lagi bising] .
hari ini hampir terisi. matahari tetap punya cerita tersendiri. angin sejuk tetap patuh melayani. maka untuk apa aku masih mahu mengingkari ?
maka , nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan ? [ar-Rahman]
sahaja aku belajar rajin rajin untuk ummah !
p/s : hariyani @mel sayang, tahniah for the result. i'm proud of you. really really. teringat masa study bagai nak gila untuk trial dulu. sambil gelak gelak kita bicara soal masa depan. mel nak jadi doktor. ayah suruh jadi pilot. saya nak jadi avionic engineer, ibu suruh jadi doktor. akhirnya, dua dua pergi sekolah medik. :) susunan Allah tetap yang paling cantik, macam dalam surah al-Mulk kita hari hari baca sebab tak mahu kubur gelap, " Allah Maha Halus '
again, congratulation dear ;)
uh uh. suka juga mendengar ingatan tersebut
ReplyDeleteho ho
mari usaha
haha dhamiraaaaaaa :D
ReplyDeletepergi jepun elok elok ye. moga Allah permudah urusan kamu, moga Kaori terbuka hati masuk islam ;)
haha.ye. memaang. bagitaulah satu dunia tentang siapa aku. haha.
ReplyDeleteoh. Amin. terima kasih atas doanya.
May Allah bless awk juga