Sunday, January 22, 2012

#random 8#

Sudahlah. Sudahlah. Sudahlah tu sahabat semua, kita tak ada masa nak layan perasaan, nak layan kejiwangan, nak layan soal hati, nak layan isu dalaman, nak layan kontroversi, nak layan bermacam versi alasan untuk mengabaikan fokus. Cukup setakat itu berkhayal di ruang atmosfera. Berpijaklah di bumi nyata.

Bahawa masa yang tinggal terlalu sedikit dengan kapasiti amanah yang dipertanggungjawabkan. Masanya sudah sampai untuk agenda yang lebih besar. Sila tampar diri jika masih belum sedar dari lena!

kalau benar atas iman
pasti kau sanggup berkorban
kalau benar atas iman
pasti kau kekal bertahan
kalau benar atas iman
pasti kau akan jumpa keikhlasan
kalau benar atas iman
pasti kau mampu mengucup erti pengorbanan
~hilal asyraf~


saya suka ayat ayat hilal asyraf sebenarnya

mungkin sebab ayat ayat dia, mudah dihadam mudah difaham

atau mungkin sebab saya sendiri orang sastera, tak boleh tidak ayat macam kena berbunga.

atau mungkin topik perbincangan hilal sekitar perkara yang dekat dekat dengan kita


masa

benar benar mematangkan saya

eh bukan rasanya

ujian yang mematangkan kita :)

begitu saya larut dengan masa

begitu juga tetap saya akan larut dengan ujian

saat berdoa bila punya ujian, serasa macam tak mungkin ada jalan keluar bahkan tak mampu melangkah keluar pun dari gelung ujian kan?

tapi lihatlah sekarang, masih tetap berdiri bukan?

kadang kadang kita sendiri terlupa apa yang kita doakan

tahu tahu kita sudah berjaya keluar dari ujian demi ujian

nikmat Tuhan kita yang mana kita dustakan?


kenapa ya selalu amat saya bicara soal ujian?

kerana saya rasa ujian itu kehidupan

momentum untuk terus kekal di landasan

ya

ujian itu kehidupan

susah itu ujian, sakit itu ujian, sempit itu ujian

senang juga tetap ujian, sihat tetap ujian dan lapang sudah tentu tentu ujian

nikmat itu ujian

bahkan berita gembira ketenangan semua semua ini tetap ujian buat saya

ujian untuk mengekalkan dan menambahbaik momentum positif dalam setiap perkara

maka atas prinsip ini

jadilah saya yang begini

yang tetap mahu pada ujian

kerana ujian itu kehidupan

dan andai ujian bukan untuk saya rasakan

maka kehidupan juga bukan untuk saya jalankan

dan saat itu pasti tiba

saat bila kematian adalah lebih baik untuk saya, awak, kita semua



“Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.”
[QS al-‘Araf, 7:14]


<3 : Allah, kekalkan hati kami dalam ketaatan kepadaMU..

<3 : ada benda boleh bawa bergurau. ada benda kena serius. ada benda boleh untuk jadi tidak matang. ada benda perlu pada kematangan. ada benda boleh jadi lalang. ada benda perlu jadi palang. ada benda tak perlu dipandang. ada benda perlu untuk dihadang.

<3 : bantu saya, kendali perkara ini dengan penuh kematangan, tanpa ada gurau gurauan macam sebelum sebelum ini. ya? :)

0 kumen-kumen:

Post a Comment