Thursday, January 12, 2012

Mencipta seni kematian


dah dua hari balik kelas dalam hujan lebat.
pagi tadi hujan
ambil langkah berani
jalan kaki
less than 15 minutes.
nice nice

sekarang pun langit masih menangis lagi

bidadari secantik mana kah yang turun kali ini
hinggakan langit turun menangisi kepergiannya kembali ?
hujan makin lebat
tadah tangan laju laju pejam mata doa lama lama

oh housemate jerit dari bilik belakang
lari sekejap

** hujan ais rupanya :) **

musim winter sejuk begini
bangun keluar dari lihaf adalah satu mujahadah yang sangat teramat terlalu tinggi

semestinya bangun subuh yang dimaksudkan cuba buat check list hari hari, bangun solat subuh pukul berapa ?

**

dulu dulu kan, saya takut sangat pada gelap

takut yang amat

kalau rumah black out, meraung macam kaki hilang. [macam pernah rasa je kaki hilang camne]

gelap. gelita. tanpa sebarang cahaya

mula la kepala membayangkan ular datang melingkar, hantu alim [sebab pakai telekung] datang menerkam, macam macam

haihh zaman kanak kanak

*ketawa*

sekarang pun saya takut gelap lagi

bukan. bukan imaginasi saya yang terlalu tinggi

cuma saya selalu terfikir

kadang kadang terdiam. kadang kadang termengalir air mata juga

gelap seperti manakah kubur saya nanti ? sempit seperti apakah kubur saya nanti ?

akan datangkah ular yang panjang hitam dan besar melibas saya hingga terbenam 70 hasta ke dalam ?

ya. saya takut gelap

gelap yang itu

gelap yang saya mohon sehari hari jangan sampai jadi kenyataan

*diam*

saya sering terpangkah dengan pemikiran sendiri

ya, saya bukan hanya rajin memangkah orang sahaja

kadang kadang terketawa dengan angan angan sendiri

kadang kadang terketawa tika terdengar angan angan orang lain juga

macam mana sebegitu jauh kita boleh berangan angan ya?

nak jadi doktor. nak dapat duit banyak. nak beli kereta. nak kahwin.

ya. nak kahwin. nak ada suami soleh. nak ada suami muslih. nak ada suami yang rajin tolong bantu di dapur walaupun skill memasak dia hancur, nak ada suami yang bacakan ayat Quran kat pangku bila kita ma'zurah. nak ada suami yang kejut kita qiam. nak ada itu. nak ada ini. nak anak soleh solehah.

sampailah nak sama sama dengan keluarga di syurga.

banyak kan angan angan kahwin kita?

kadang kadang saya ada terfikir nak bertanya di kelas psychology, agak agaknya hormon apa yang tengah mencanak naik dalam badan budak budak alex sekarang ni

mana tahu ada kaitan dengan motif energy dan semua semua tu. kan?

semua semua apa aini?

iya lah. semua semua pertanyaan yang datang pada saya. tolong risikkan akhawat itu. tolong risikkan akhawat ini. bukan seorang dua yang datang minta tolong. dah macam UBM saya ni ya? :)

pada mereka saya cuma sampaikan satu perkara sahaja

akhawat bukan barang untuk dibooking atau cancel. jangan setakat confess dan end begitu sahaja. jangan setakat ikat pertunangan dan phew, nanti nantilah fikir soal nikah. zalim tahu?

oh lari tajuk. di mana kita tadi?

angan angan.

jauh angan angan kita kan?

saya pernah ditanya oleh seorang sahabat. zaman atas bukit punggur dulu dulu.

"apa cita cita kau wei?'
'masuk syurga.'
"heh, semua orang nak masuk syurga. realistik sikit'

'aku nak masuk syurga lah. apa lagi?'
'macam mana nak masuk syurga? ' suara sinis
'pergi palestin tolong saudara , mati kena tembak. syahid. syurga'


saya jawab dengan lurusnya.

dia senyum pahit. dia kata saya pendek akal

saya tak faham kenapa.

keluar dari zaman atas bukit punggur baru saya tahu mengapa.

tak semua orang punya nasib sebaik itu. untuk terbang ke palestin dan syahid di sana. tak semua. dan siapa tahu andai riak yang hadir saat bom datang membantai dia? sesaat sahaja nasib berubah ke neraka. macam kisah sahabat yang bila gugurnya dia di medan perang, Rasulullah kata nasibnya di neraka, kerana saat tombak menghujam badannya, riak hadir membalut rasa.

takut kan?


saya tak sarankan untuk kita menilai syahidkah mereka mereka itu. tidak. nilai diri kita sahaja. andai gugur tika berjuang, gugurnya kita itu, Allah kira sebagai syahidkah?

telus dalam muhasabah.

yeah. truth hurt. reality bites.

**
masih ingat angan angan yang saya senaraikan di atas?

ya, angan -angan yang sweeeeetttt gila tuh.

doktor , rumah , kereta , palestin, kahwin, anak. ohh sweet sungguh !

ramai orang yang ada perancangan yang sangat rapi. berpandangan jauh. plan A bagaimana. gagal plan A, punya plan B.

sampai terlupa hakikat perkara yang paling dekat dengan diri sendiri

tahu realiti apa yang semakin jadi mimpi akhir zaman ini?

KEMATIAN

ya. kematian itu hakikatnya setiap hari berada di belakang kita. umpama bayang bayang. malah lebih dari bayang bayang. hilang cahaya hilang bayang bayang. hilang cahaya tak hilang kematian itu. hilang cahaya pagi hingga gelapnya hari hingga terbit cahaya mentari kembali, hakikat kematian itu tetap dekat dengan kita.



macam mana kalau....
tak sempat pergi palestin?
tak ada peluang ke sana?
tak sempat jadi doktor?
tak sempat kahwin?

tak sempat ada anak?

eh. kenapa tak sempat pulak? optimis sikit !

optimis tu optimis jugak brader, tapi jangan lupa, kita merancang, Allah juga merancang, dan sungguh Allah sebaik baik peracang [as stated in Quran, cant remember which verse]

so, apa point lu nak cakap ni kak long?

MATI. MATI. MATI MATI

seram tak?

“Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.”
[QS al-‘Araf, 7:14]

sesaat pun kau tak boleh tunda sayang :)

sesaat pun.

kalau dah itu lah saat nyawa kita diambil, lari la ke pelusuk mana pun, menyorok lah di tempat paling selamat pun , tak mungkin malaikat maut terkesian tengok kita lalu melambatkan ajal kita

so problem-based learning dia sekarang, kita tak tahu kita mati bila. T__T
kalau dah tahu, tak de payah sangat, kan?

'oh lusa aku meninggal, bentang sejadah amik Al-Quran solat sunat sedekah puasa ganti etc etc etc'
tak ke macam sakai perangai camni?

ada satu kes pulak

'oh come on la, malam masih muda, umur remaja remaja camni, enjoy la. tak payah nak tunjuk alim sangat lah. ekstremis la kau kau orang semua ni'

guys, umur muda tak jadi tiket untuk kata kau tak akan mati dalam masa terdekat. seriously. bukak mata besar besar, tengok sekeliling, berapa ramai member sebaya yang Allah dah panggil kembali? berapa ramai remaja yang tak sempat pun nak jawab SPM, Allah dah panggil masuk kubur jawab soalan munkar nakir ?

berapa ramai yang tahu dia akan mati pada waktu Allah tarik nyawa dia tu?

99) حَتَّى إِذا جاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قالَ رَبِّ ارْجِعُونِ َ Hingga kelak bila maut telah datang kepada masing-masing mereka, dia akan berkata: Tuhanku; kembalikan sajalah aku ke dunia. ...

(100) لَعَلِّي أَعْمَلُ صالِحاً فيما تَرَكْتُ كَلاَّ إِنَّها كَلِمَةٌ هُوَ قائِلُها وَ مِنْ وَرائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلى يَوْمِ يُبْعَثُونَ َ
Supaya aku kerjakan amal yang shalih, yang dahulu telah ku­tinggalkan. Tidak sekali-kali! Itu cuma kata-kata yang diucapkan­nya saja. Sedang di belakang mereka telah ada barzakh (din­ding pembatas), sampai kelak kepada hari mereka akan di­bangkitkan...



dan berapa ramai yang sedar, kematian bukan satu mimpi, kematian itu satu realiti, yang sangat pasti, dan dekat dengan diri.

sila tampar diri sendiri kalau terlupa yang kematian itu akan datang bila bila masa sahaja! T___T

moga moga hati ini tidak beku dan keras dengan hikmah kematian yang berlaku di sekeliling. moga moga hati ini terus sedar dan kawal diri dengan hakikat kematian yang bukan mimpi
moga moga kubur ku nanti tak gelap T__T
dari busy busy buat perkiraan rapi soal masa depan sendiri, baik busy buat persediaan rapi nak hadapi mati. bila bila je kot. kan?

orang yang paling bijak bukan orang yang kholas mesyi module CNS , tapi orang yang ingat mati.

malaikat pun akan mati , ini kan kita manusia .

jangan sampai hidayah yang berkali kali Allah campak kau ignore last last sendiri tercungap cungap cari cahaya

hujan renyai renyai. mata terus dipejam. doa terus disampaikan, moga tiada hijab hingga langit ke tujuh.

"Ya Allah, kurniakan kami jannah ya Allah. nak masuk syurga. nak masuk syurga. nak masuk syurga"

mata dibuka

oh

hujan dah berhenti la. dengar kata alex semalam snowing (?) baiklah aini jangan perasan tough sila bergerak pantas dan cari winter coat !

tapi kan, saya cukup pelik lah, macam mana ada orang boleh tahan sejuk sejuk camni eh, keluar pun pakai slippers je. tak ke hairan tu? -____-

terbaca kat fb, silat ada pergerakan yang tak sesuai dengan wanita (?) setakat yang pernah belajar [sikit je pun] , tak ada la tak sesuai pun. ok je. lagi lembut dari tae kwan do. rasanya lah. dah lupa dah macam mana bunga silat T__T

Oh, Quran saya dah dijumpai. terima kasih belated birthday girl, agaknya kalau kepala boleh tanggal memang kepala pun tertinggal kat rumah orang hehe.


rindu tanah melayu
rindu tarbiyyah bumi hang tuah
rindu mereka, cinta hati aku
rindu semua

Allah, pelihara mereka, kesayanganku ;)

if it worth the risk
then take the fall

10 kumen-kumen:

  1. nice aini~
    ni kot hikmah 'tetiba' salji turun kat alex neh.
    rasa cm sumthing pelik.dan pelik.spy muhasabah diri balik
    bumi ni dah sgt tua.dunia ni fana je dan mati tu bila2 masa ~~~

    ReplyDelete
  2. T.T
    syukran aini.
    doakan kita sama-sama tsabat atas jalan yg Allah redhai.inshaAllah.

    teringat post someone dlm grup mara.

    if we think about it...
    kahwin maybe 4-5 years later..
    but mati tu bile2 mase..
    so instead of thinking am i ready to marry
    better to think am i ready to face the DEATH..
    mafhum hadis:
    cukupla mati sbg peringatan...

    ReplyDelete
  3. amalinayahya : dah tiba masa untuk ingat mati, sentiasa, setiap hari. itu lah, mmg rare sgt lah tiba tiba turun salji. epic gila. hoho

    moga kita semua ambil ibrah, di setiap sudut apa yg terjadi:)

    btw, cara awak nak elak kena kacau dgn arab yg awak tulis kat wall btch tu, hahaha, sumpah lawak. serious. lawak gila. itu tak cantik, tapi comellll awi awi tau ! ;D

    ReplyDelete
  4. nabilahyunus: kaaaannn? logik sungguh la dengan kata-kata org yang paling bijak ialah org yg mengingati mati..

    nak mencuri, eh teringat aku bila2 mati . tak jadi buat
    nak lambat2 kan solat, teringat eh kalau aku mati tak sempat solat?? terus bangun solat

    ohsem. ohsem. :0

    ReplyDelete
  5. sea_lavender : harap2 bermanfaat . inshallah. moga Allah redha:)

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. opss..sbnrnya,cara tu ada senior yg ajar.dan dye ajar lg ekstrem kot tp segan nk bgtau kat situ.dye swoh wat gaya cam budak 3 suku.
    then,kte pnah try wat sekali je.mse tu dah terdesak kan.hehe

    dan perasaan and kesdaran utk ingat mati ni kena sentiasa dan sentiasa diingatkan n dihebah2kan.(maaf,guna ayt pelik)
    sbb sometimes,kte sndiri pun ingat mati bermusim.atau bila terjd sumthing baru nak rasa camtu.bhy kan.

    ReplyDelete
  9. trimas. hope Allah redha kita eh.

    ReplyDelete