Sekarang alex hari hari hujan
Aku suka
Oh ya, sebelum pergi lebih jauh, ini satu lagi entry peribadi. Problem?
Boleh pergi tekan butang pangkah kat kanan atas tu. Sila sila. Aku tak paksa
Di mana tadi?
Oh, ha ah, sekarang alex hari hari hujan tau. Aku suka.
Tadi aku lompat lecture, tapi satu je la. Lecture physio aku stay kat lecture aku, sebab prof physio lecture lain tak sama silibus. Bersepah jugak la dia ajar.
Kalau tak
Hari hari aku nak lompat lecture. Heh
Dah lama aku nak buat entry serupa ini sebenarnya. Tapi aku hold. Sebab rasa tak perlu. Dan boleh sabar lagi.
Sekarang pun aku sabar lagi tau. Cuma ada sikit rasa macam nak pandang slack kat orang orang yang berkenaan.
Baiklah.
Masuk ke topic utama.
Oh sebelum tu, boleh baca entry yang ini dahulu. Penting. Sebab aku dah janji nak bagi sekuel untuk entry tu. Ini la sekuel dia.
Ok dah baca?
Baiklah baiklah.
Kau tahu, makin hari , makin lama aku hirup udara kat bumi Allah ni, makin luas pergaulan aku , makin ramai orang aku jumpa, makin aku boleh positifkan hipotesis yang aku buat sebelum ni
Confirm pernah dengar quote ‘don’t judge a book by its cover’ kan?
Aku nampak ramai orang angguk kepala. Beta-like delta waves mungkin.
Dan percaya atau tidak hampir semua tak mampu apply quote tu in daily life.
Ok ramai orang angguk. Aku yakin ini bukan REM sleep .
Kau nampak sorang akhawat [perempuan] pakai tudung labuh, jubah, jalan tunduk, confirm frontal lobe korang hantar impulse cakap ini kategori budak baik . muslimah solehah ! bakal isteri mithali ! bakal ibu yang baik ! tak mungkin dia ni jahat ! baik solehah mujahidah solehah permata keluarga permata agama semua semua lah .
Lepas tu kau sambung perjalanan kau ke masjid belakang universiti.
Ternampak sorang ikhwah, pakai kopiah, tengah buka kasut masuk masjid. Alahai. Baiknya dia ! alimnya dia ! calon suami mithali ! bakal ayah yang baik ! tiba tiba nampak handsome lah pulak.
Tapi kau lalu je masjid. Kau tak masuk. Sebab hari ni turn kau masak so tak nak balik lambat kesian housemates.
Jalan jalan ternampak ikhwah tengah lintas jalan raya depan uni.
Ini mesti tak solat awal waktu nih ! ish ish apa nak jadi la dengan budak laki ni [terus hilang ‘ikhwah’] . macam mana nak pimpin keluarga ni? Macam mana nak jadi syabab penegak islam ni?
Sheesh
Maka sepanjang perjalanan kau sibuk memikirkan masalah ‘ummah’ melihatkan budak laki yang tak solat kat masjid tadi. Memikirkan keuntungan ‘ummah’ bila fikir ikhwah akhawat yang sopan dan alim alimah tadi.
Sampai rumah kau buka laptop. Oh. Musim mengundi kat alex rupanya. Kau usha video promo setiap calon.
Ish ish calon akhawat ni, boleh pulak buat video promo diri sendiri. Dah la video serabut, confirm tak ada skill buat video nih ! tengok tu, gambar semua nak senyum manis. Apa nak jadi la dengan akhawat sekarang ni. Ish ish. Dan kau geleng geleng kepala
Tak cukup geleng kepala, kau jumpa kawan, kau cerita ‘pendapat’ kau pada member member seperjuangan. Tentang akhawat yang makin hilang solehahnya, tentang ikhwah yang makin lupa imarahkan masjid. Tentang ummah. Berilmu sungguh kau rasa sekarang. Maklumlah, dah boleh nyatakan pendapat kau tentang permasalahan ummah.
Bukak pulak blog sorang ni. Ish bahasa puitis ! attentionseeker ke ape blogger ni? Ish tak sudah cerita kesedihan dia. Ish nak pulak tu cerita pasal birthday dia. Sukeww letteww ramai orang baca blog dia !
Malam tu kau ada meeting pulak. Eh mestilah harus ber-meeting meeting segala, kata nak tolong naikkan islam !
Meeting hambar. Masing masing tunduk kepala, cuba sebaik mungkin menjaga ke-thiqah-han diri. mana boleh cakap banyak, hilang thiqah nanti ohh !
Tiba tiba sorang akhawat angkat tangan.
Kau pun dengar dia bercakap. Suara kadang kadang ternaik satu desibel, kadang kadang rendah, keras pulak tu. Tak senyum langsung. Ish tahu membangkang je akhawat ni. Tengok tu dia pangkah aku. Dia ingat dia sorang je betul nih. Tak boleh terima pendapat orang lain. Malang lah siapa bakal suami dia nanti. Ish ish harap tudung je labuh , perangai masya Allah. sambil tersengih kau kata dalam hati, sah prefrontal association area aku well develop nih.
Good elaboration of thought , controlled behavior . kau still diam. Thiqah kena jaga !
Habis meeting, kau pun balik. Tak lupa sebelum tidur kau borak sekejap dengan member. Pasal akhawat yang kuat memangkah tadi. Eh haruslah cerita, tambah kopi tambah gula, baru sedap. Lepastu kau tidur, tak lupa untuk istighfar tiga kali. Dan baca buku men from mars women from venus. Iye lah, lelaki perempuan ni tak sama tau. Banyak beza, jadi aku kena faham perangai sorang sorang. Kata kau dalam hati lagi.
Ok habis dan cerita rekaan aku. Ya, rekaan je nih.
*********************************************
Beginilah akak akak abang abang sekalian, sedar tak sedar setiap masa kita judge orang
Benda yang sepatutnya conscious jadi unconscious sebab selalu sangat buat. Brain dah stop translate judging-impulse yang datang, toleration. Jadi kita tak perasan kita asyik judge orang
Maka boleh aku katakan , being judgemental aint a crime, sebab kita tak boleh elak. Dia automatic jadi. Macam contoh yang aku beri kat atas. Contoh rekaan je tu. Kau tak boleh elak untuk kata makcik tepi jalan yang minta sedekah tu sebagai tak tahu malu. Kau tak boleh elak untuk fikir dia yang langgar kau tadi lepas tu tak minta maaf sebagai seorang yang tak beradab. kau tak boleh stop untuk judge dia yang datang lewat lecture sebagai seorang yang tak berdisiplin. And the list goes on.
Tapi kita selalu terlupa satu part. Judgement tu hak Allah. Bukan hak kita. Kita tak ada hak untuk judge dia itu begini dan begitu. Lagi pathetic, kita judge dia sedangkan kita tak kenal dia lagi. Kau tak boleh kata kau kenal dia sedangkan kau cuma pernah berkerjasama sekali sekala dalam meeting. Kau tak boleh kata kau kenal dia sedangkan kau Cuma lecture-mate dia je. Bercakap dengan dia pun tak pernah, terus kau judge dia begitu begini. Ini paling sakai. Kau tak boleh judge dia begini begitu sedangkan kau Cuma baru sekali sekala jadi mushrif dia. Heh. Contoh apa aku bagi ni. Bermushrif mushrifan pulak.
Aku sendiri tak boleh nak salahkan mereka mereka yang being judgemental ni. Sebab aku pun kadang kadang ter-judge orang jugak. Tak apalah, masing masing punya hak. Frontal lobe kat kepala kau tu kau yang punya. Walaupun aku tak mampu tahan diri aku untuk cakap jugak, yang frontal lobe tu Allah bagi pinjam je. Dan Allah bagi pinjam bukan untuk kita terus terusan menghukum dan menilai orang lain. Kalaupun kita terlajak dari men-judge dia, istighfar lah sekejap. Moga Allah ampunkan su’uzzon kita buat sebentar tadi.
Kita biarkan part menghukum dan menilai tu pada Allah , boleh?
Berusahalah untuk husnuzzon [bersangka baik] dengan orang lain. Kau tak kenal akhawat yang tudung labuh pakai jubah jalan tunduk tadi, maka berpada padalah dalam memuji dia. Kau tak kenal budak laki yang lintas jalan tak solat kat masjid tadi, maka sudah sudah lah menghukum dia sebagai orang tak ada wawasan. Kau tak kenal akhawat yang bising bising memangkah dalam meeting tadi, maka tak payah lah nak menghukum dia begitu begini. Kau tak kenal mereka. Allah lebih kenal mereka. Dan diri mereka sendiri lebih kenal dengan diri sendiri.
Sudah sudah lah. cukup cukup lah.
Walaupun aku rasa entry kali ni tetap tak mampu halang kau untuk berhenti dari menjadi judgemental, aku cuma mampu untuk berdoa supaya kau berhenti dari menyebarkan judgement kau yang negative tu pada orang lain. Itu pun dah cukup .
Sebab kau tak akan tahu, setiap yang kau sebarkan tu, akan sampai ke telinga dia akhirnya. Ya, dia yang kau judge tuh.
Dan kau tak akan tahu macam mana berkecainya hati dia bila dengar apa judgement kau pada dia selama ni. Rasa dia macam kena tikam dari belakang. Depan dia kau senyum, angguk kepala, dia mintak jadi mushrif kau kata ok, kata tak apa, dia senyum kat kau bila terserempak , kau senyum balik, tapi belakang dia kau bantai dia hidup hidup.
Kau nak judge dia, kau judge depan dia. Tak perlu sebarkan judgement kau kat orang lain. Serupa macam kau baling batu kat dia lepas tu kau lari lari menyorok.
macam status fb aku hari tu cakap, tak perlu nak ber-ukhuwwah fillah ukhuwwah lillah sangat kalau kau cuma tambah lumpur je pada sahabat kau yang tengah bernafas dalam lumpur tuh. kau biarkan dia nyawa nyawa ikan kena bantai dengan kata kata dan judgement kau pada dia. ya, kau tak perasan . sebab dia sorok dalam hati dia yang tengah hancur berkeping keping tuh. buat apa nak pergi mengadu kat satu dunia kan?
Dan itu sangat kejam.
Oh. Hujan dah berhenti.
Dan aku masih mahu kata, aku suka hujan.
Sebab orang tak akan perasan kau tengah menangis waktu tu.
Biar hujan sentiasa. Aku suka. Aku suka berlagak kuat depan orang ramai. Ia nampak sangat cool. Orang dapat tengok aku menangis, bagi aku satu kekalahan yang sangat besar.
Aku tak pernah kalah lagi setakat ni. Housemates pun tak berjaya lihat air mata aku lagi. Sebab tu aku suka hujan.
Wait
I don’t need to explain myself.
tiba tiba kau ternampak akhawat tudung labuh tadi tengah bergelak ketawa dengan sorang ikhwah......dan kau..... ok, u cant stop yourself from judging her, kan? heh
End
We don’t walk this far just to see who would fall.
You said that we will make it
And I believe it
And when all security fails
I wonder would you still be there
Just to help me through
or would you let me by myself
struggling
in rain
0 kumen-kumen:
Post a Comment