Sunday, December 11, 2011

feel it. here .




untuk kasih sayang yang aku rasa dua hari ini

untuk ucap sayang cinta yang aku terima dua hari ini

untuk 6 kek yang aku terima dua hari ini

untuk dia yang bake carrot cake pukul 1 pagi

untuk dia yang bake chocolate cake dua tingkat yang agak tak jadi

untuk dia yang bake 3 kek in a row malam tadi

untuk dia yang beli kek coklat dan sambut waktu lecture di cc

untuk dia yang sampai melecur jari masak popcorn yang sangat menjadi

untuk mereka yang prank aku sampai dapat heart palpitation sesat ke sidi bishr malam tadi

untuk mereka yang belanja makan nasi beriyani yang sedap sampai jilat jari

untuk mereka yang sanggup pergi asrama malam tadi semata mata untuk meraikan hari jadi

untuk mereka yang wish birthday sehari awal dalam gabungan 3 SC sekali

untuk mereka yang beri kad kad yang sangat comel dan mengharukan hati

untuk dia yang tawarkan voucher kemaskan bilik aku untuk sehari [macam perli gila yang ni]


untuk mereka yang jadi pembuli bersiri sepanjang hari

untuk ucapan dan doa sahabat di kuliyyah zira'ah dalam cerah pagi

untuk peluk cium yang aku terima dari saudari saudari



subhanallah subhanallah subhanallah

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

i'm blessed with the best sahabiah sahabiah around me

thanks Allah

thanks Allah

thanks Allah

ini baru sekelumit dari kasih sayang yang Allah mahu campak dalam hati

belum kira lagi di syurga nanti

Allah Allah

Nak masuk syurga

Nak masuk syurga sama sama dengan kamu

Ya,kamu



:) dah seminggu saya cari tasbih yang kecil kecil pendek pendek kat sekitar tram [lebih portable] . tapi tak jumpa. Allah gerakkan hati sahabat utk beri yang ini, lagi advance. alhamdulillah. suka sangat ! :)

nampak buku Fiqh in Muslim Family tu? ahli beit pakat pakat belikan. tak pe lah, walau rasa sedikit diperli di situ, tapi ilmu tetap ilmu. :) sayang ahli beit !

syukran semua semua yang wish diam diam di fb/msg/call atau kecoh kecoh kat lecture hall :p

"saya tahu awak tak tahan sejuk, nah, pakai la kasut ni" -WA
'Saya tahu awak suka menulis, ini saya bagi buku ni, tulis la puas puas. kalau sejuk pakai socks ni' -mereka berdua
'aini, nah bantal, kesian awak tak ada bantal busuk'- cinderella
'aini, tengok la hadiah kitorg belikan . kah kah kah " -ahli beit
'baju dengan shawl ni antara yang saya sangat sayang. nah, jaga elok2. ' -ex-bedmate

dan mereka mereka yang bajet cool bagi hadiah tak tulis nama, bagi hadiah pastu lari, bagi hadiah dengan pokerface, padahal baca ucapan masing masing dalam kad bukan main touching :p

uhibbukunna fillah

i love you because of Allah

wo ai ni lillah

serius saya tak harap pun untuk diberi hadiah bermacam macam. cukuplah doa kalian buat saya ya.

:)



“Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.” [at-taghabun ;15]



p/s : its gonna be really hectic lepas ni. mohon doa agar urusan dipermudah ya.

pp/s: where is the fire aini? kenapa makin lembik ni? come on, tough sikit la :)

ppp/s: rasa macam back to school bila masuk pertandingan etc etc. hehe

pppp/s: module CNS mula tunjuk taring. rabbuna yusahhil ameen ...


yeah. i feel it. here *sambil tangan letak ke dada*


senyum

8 kumen-kumen:

  1. sempena post hari jadi.
    nak ucap sanah helwah sekali lagi :)

    selamat bertanding!!

    ReplyDelete
  2. haha...macam best je kalau ada orang kemaskan bilik tu :D

    sanah helwah ya gamilah.
    [nak wish lagi sekali..hihi]

    ReplyDelete
  3. ainiiiiiiiiiiii! happy birthday again! tak balas pun wall post kite kat facebook. :/ just kidding :P

    dengar cite bertanding untuk PCI. all the best eh! nak buang undi untuk aini boleh tak? hikhik

    ReplyDelete
  4. wani : syukran wani :) manifesto.... Allah Allah .. doakan yg terbaik utk semua. inshallah:)

    ReplyDelete
  5. nabilah : haha serius akhawat yang offer tu memang cari pasal di hari bahagia aini. haha. tapi serius, dia la yg kemaskan meja aini waktu kat asrama mara dulu. bangun2 dah kemas tersusun, speck yg tak tanggal dah elok atas meja, memang ngade betul aini ni -.-'

    ReplyDelete
  6. masyi : hows minnesota? dgr cerita dah pergi jalan jalan dah? :D bukan x balas, cuma tak terlarat nak balas [statement bajet hot]

    bertanding tu? boleh je nak buang undi. buang undi dalam doamu~ doa org musafir ni makbul :p

    rindu masyi !

    ReplyDelete
  7. fiqh in muslim family....comel~

    ReplyDelete
  8. yang warna purple tu pun comel jugak~ :p

    ReplyDelete