
saya perasan sejak akhir akhir ni saya sangat jarang senyum kat sahabat sahabat. termenung je. nasib baik ada yang menegur. oh ! sahabat juga punya hak okay !
Sekarang budak budak 2nd year alexandria university tengah pening pening cacing.
Cacing itu cacing ini. Bacteria jahat bacteria baik. Virus jahat virus manipulate jadi vaccine.
Macam macam hal.
Memang ilmu Allah ni terlampau terlalu teramat luas kan?
*kelip mata pandang module 8*
Okay teruskan *lepas ni janji bukak buku !*
Tahu tak apa itu vaccine?
Vaccine ni ubat. Tapi ambil dari virus. Virus jahat tapi kita manipulate jadi baik. Faham tak faham tak?
Jadi ada satu jenis vaccine nama dia Live Attenuated Viral Vaccine [LAV]
Attenuated maksudnya weakened. Atau dalam bahasa bukan PPSMI nya, LEMAH.
So dari seekor (eh?) virus yang sangat virulence, sangat highly pathogenic, sangat aktif dalam menyebabkan disease, kita buat dia lemah. So nanti, boleh jadi vaccine which is low/ loss pathogenicity dia [x boleh cause disease] tapi retain antigenicity dia [initiate antibodies formation]
Sorry saya tak tahu macam mana nak simplify lagi. Moga Allah beri ilham pada korang yang tak faham dan blur supaya faham jugak nanti nanti. -.-
Macam mana kita nak bagi dia lemah? Dengan cara, kita culture dia, bagi segala nutrient yang virus ni perlukan. Bagi la apa yang dia nak. Nak makan? Ha friskies aku bagi. Nak minum? Susu juhayna aku bagi [sebab starbuck boikot?] . virus ni, bila dia dah SENTIASA DALAM COMFORT ZONE, maka lama lama dia akan lemah. And bila dia lemah, kita ambil dan inject dalam badan korang , so that in future inshallah disease caused by that virus korang tak akan kena.
Anything sounds familiar?
Mana? Mana? Mana satu?
Oh, jumpa dah. COMFORT ZONE.
Cuba kita tengok, sepanjang 18 tahun kita hidup [ikut umur masing2 lah] , berapa ramai yang memang hidupnya dalam comfort zone sentiasa?
Angkat tangan !
*geleng kepala*
Ramai kan? Awak, kamu, dia, even saya sendiri, mengaku hidup kita dalam comfort zone sentiasa. Tak macam saudara kita kat palestin. Kan?
*pandang lantai*
Dan of course tak macam Nabi Ismail yang membesar tanpa ayahnya, ditinggalkan dengan ibu di tengah tengah padang pasir. Maka berlarilah Siti Hajar kesana ke mari, cari air untuk anaknya nabi Ismail.
Hidup Nabi Ismail bukan dalam comfort zone.
Kita?
Sebab tu bila baru kena ‘tegur’ sikit dengan Allah dah lembik
Baru ada masalah sikit dah moody
Nak keluar segenieh dua kat mak cik tepi jalan mwassa pun tak nak. Rasa terbeban. Senyum pun tak nak.
Nak luang masa bantu kawan dalam susah pun payah, buku lagi penting.
Itu lah
Lama sangat dalam comfort zone. Tak reti jadi tough sikit. Tak reti nak rasa susah sikit
Macam la syurga tu senang senang je nak dapat. Kan?
Zainab al-ghazali, sumayyah, khadijah, khaulah al-azwar, mereka semua muslimat. Tapi seksaan dan ujian yang mereka dapat bahkan lebih teruk berbanding dengan kaum muslimin [lelaki]
Mahal kan syurga ? :)
So, macam mana? Dah bersedia nak hadapi ‘kemanisan’ sebelum nak dapat syurga?
Senyum
bayangkan kepayahan nabi ismail dan ibunya nak harungi hidup tengah tengah padang pasir yang possibility nak hidup lama sangat kurang. bayangkan penat lelah nabi ismail dan siti hajar hidup tanpa bayangan seorang ayah. kental gila kan hati siti hajar? :)
tapi saat ayah nabi ismail, nabi ibrahim datang kepada nabi ismail dan mengatakan MAHU MENYEMBELIH NABI ISMAIL, ANAKNYA SENDIRI, apa agak agak nabi ismail jawab?
"KALAU INI PERINTAH DARI ALLAH, MAKA JALANKANLAH "
zaaaassssssss
*terasa*
#teringat dulu saat fitnah datang macam tsunami berkali kali hempas saya. sampai saya doa sesuatu yang agak'gila' . nampaknya kegilaan doa saya ada dalam perancangan Allah rupanya :)
#rasa macam baru semalam ayah dan ibu layan macam budak kecik. oh diri, kau dah besar rupanya T__T
#jangan sampai lebih mengingati benda ni dari Allah . Allah tetap no 1. sampai bila bila. ever. belajar jangan lupa. fokus study. fokus !
#kerana aku cari dia yang kasihnya kepada Allah dan dakwah melebihi kasihnya pada aku sendiri. aku cari dia. moga ketemu.
0 kumen-kumen:
Post a Comment