di dalam pesawat charlie. saat dia dari tanta dan dia dari jordan sama sama stranded di iskandariah :') Imam Asy-shahid Hassan Al-Banna telah mentakrifkan ukhuwah: ... "yang saya maksudkan dengan ukhuwah ialah hati dan jiwa yang terikat dengan ikatan aqidah." Ukhuwah ialah hati atau jiwa yang terikat. Ia diikat oleh Tauhidullah dan bukan dengan ikatan yang lain. Tauhid kepada Allah Subhanahuwata’ala merupakan ikatan yang paling kukuh. Dengan ukhuwah seseorang itu akan merasai bahagia bersama-sama dengan saudaranya...
kau perasan tak?
ukhuwwah dalam dunia ni
ada 2 jenis
satu ukhuwwah islamiyyah. ukhuwwah kerana Allah. kerana aqidah.
dan satu lagi, ukhuwwah insaniyyah. bersahabat kerana kepentingan masing masing.
5 tahun aku hidup di sekolah atas bukit tu, secara jujurnya aku tak jumpa langsung sahabat yang mampu aku takrifkan dalam konteks ukhuwwah islamiyyah
kosong
cerita kena tikam dari belakang sewaktu tingkatan 2 dan 3 masih segar dalam kotak fikiran aku, macam segarnya darah kambing biri biri yang baru kena sembelih dekat pasar camp caezar beberapa hari lepas.
aku putuskan, berkawan dengan semua itu perlu
tak ada geng geng. aku kawan dengan semua. termasuklah dia yang tikam aku sampai aku torn inside out dulu.
waktu itu, aku punya satu resolusi. TAK ADA SAHABAT SEJATI DALAM DUNIA NI.
semua akan tikam kau. semua akan cakap belakang pasal kau. senyum depan kau, lahap daging saudara belakang kau.
sampai lah satu ketika
habis SPM, aku tak tahu nak buat apa
diajak seorang sahabat satu sekolah ke program usrah mingguan. sahabat yang ini, sekelas dengan aku 2 tahun, tapi jarang tegur sapa. dia ada geng. aku hanya semut merah.
niat yang dulu datang usrah sebab bosan tahap kritikal di rumah bertukar jadi taman syurga
aku kenal dia dari sbpi selandar. dan aku mula kenal dia yang dahulunya satu sekolah tapi jarang bertegur sapa.
kami duduk dalam satu halaqah. kami sama sama jadi fasilitator. sama sama gelak ketawa saat kena usik. sama sama menangis saat program yang dirancang rapi hampir ranap. sama sama torture adik adik dalam program muhasabah. sama sama tanggung silap dan kena marah.
tak dapat dipisahkan
kalau sorang takde , semua akan bertanya.
'eh, ni tak cukup lagi sorang ni'
pernah kena tegur dengan naqib kerana tak serius. pernah kena tembak dengan naqibah bila dapat tahu kami buat usrah di tempat bowling. yang akhirnya jadi program tahunan usrah generasi kami:)
saat itu
saya perasan satu perkara
kalau saya rindu mereka, saya call mereka minta taujihat.
bukan kalau saya rindu mereka, dan ajak hang out ke tempat tak tentu hala. macam zaman sekolah dulu
kalau saya teringat mereka, maka dalam doa saya sebut nama mereka satu persatu
bukan kalau teringat mereka, lantas terus call dan ajak borak perkara sia-sia
masa berlalu dan kami terpisah.
jauh
rindu pada mereka hanya Allah yang tahu
saat bertemu berpelukkan serasa ada renjatan tarbiyyah mengalir dalam salur darah. melihat muka sahaja cukup buat hati yang gelisah kembali tenang. tak perlu kata apa apa kami tahu ukhuwwah ini punya sesuatu.
dan saya belajar memaknai erti ukhuwwah islamiyyah itu bagaimana
walau kami jauh terpisah , dia di Jordan, dia di Malaysia dan saya di sini,kami akur. ini tanda Allah mahu kami membina kekuatan dengan sisa yang masih bertahan
kami masih tunas saat kami terpisah. dan kami membesar bersama dalam kematangan pada jarak yang terpisah juga.
dan pada saat ini, ukhuwwah ini semakin melebarkan jaring jaring kasih sayangnya. dia di Tanta. dia di UTP. sama sama berkongsi degup tarbiyyah yang sama inshallah.
dari aku kepada saya. dari aku kepada kami.
Ya Allah. jangan KAU jadikan kami bertelagah tika di padang mahsyar nanti. sebaliknya kami mohon, KAU terimalah ukhuwwah kami ini dalam redhaMU. kau tautkanlah hati hati kami dalam kasih sayangMU yang tak terbanding. jadikan kami saling mengingati dan merindui dalam satu nafas yang sama, yakni dalam kerinduan kepada syurgaMU. perkuatkanlah ukhuwwah kami. jauhkan kami dari terasa hati mahupun tidak bersangka baik. Temukanlah kami di syurgaMU. Temukanlah kami di syurgaMU. Temukanlah kami di syurgaMU.
kerana saya tahu, ukhuwwah yang sebenar itu saat dia terlalu menyayangi kita hingga tak sanggup melihat kita jatuh tersembam dan dicampak ke dalam neraka jahannam.
end
#syukran atiqah. saya menangis dalam hati baca post latest awak. rasa tak rindu saya pada awak sekarang? :)
#sayang haziqah. walaupun anda busy, saya tahu kita pendam rindu yang satu :)
#dear IR , saya insist anda kembali dari plkn sesegera boleh !
#rindu orang tanta. cepatlah datang sinii :)
0 kumen-kumen:
Post a Comment