Monday, November 7, 2011

Kerana lakaran ini memaknai hijrahnya


Dear My future ''IMAM''


O my future Imam...
I may not know who are you
I may not know where you are from
But I do not care
I 'm sure someday Allah will let me know about you
I 'm sure you are the best that Allah has chosen for me
I'm sure Allah will allow me to meet you on the right time


Oh the owner of my rib ....
Whoever you are
I promise
If I found you ,I would love you eternally because Allah
I would always obey your commands
I would stay by your side ,no matter what
And keep this love till the end of time



If you only knew
Deep inside ..
I ALWAYS SAY A LITTLE PRAY



YA RAHMAN..


I pray for the one who will be a part of my life
A man who loves you more than anything
A man who loves me because of you
A man who understands me completely
A man who needs my smile to make him happy
A man who has gentle heart and nice behavior


Ya Wadud...
Please guide my heart
Do not let me fall in love with the wrong one
till the day that You specify
I'll keep my love for the chose one .


oh penulis ni ~ jiwang sungguh lah kan :)


Kalau dulu sebut sebut la soal cinta nikah ni, saya tak ambil port langsung.geli katanya


HIJRAH INI.



dia pernah dilabel budak sombong oleh pelajar lelaki sekolah lain. Kena pandang slack each time pergi match pantun . paling dia rasa kelakar, mereka mereka ini bertanding, siapa dapat ‘cair’ kan dia , menang. Perangai orang skip tadika. Ponteng kelas sivik. dia ‘basuh’ mereka mereka sebelum sempat mereka mulakan plan. Basuh macam mana tu, jangan tanya.


Hati kering orang cakap.


Pukul 3 pagi dalam bas on the way ke perlis, match pantun kebangsaan. Phone berbunyi. call masuk. dia diam. Nak angkat ke tak nak. Nak angkat ke tak nak.


‘hello. Pehal? “


“er. I think I like you.’


‘ape? Sorry tak dengar’


‘I think I have fall in love with you’


Klik


dia tutup phone. Budak ni memang nak kena. Muka dah berkerut. Memang siap la budak ni dekat kelas tuisyen next week !


Dan next week budak lelaki tu tak datang kelas. Cuma tinggalkan kad je, besar warna pink. Tulis, ‘stay cute’


Dalam hati dah menyumpah dah, memang cari nahas.


dia wonder budak lelaki ni dekat mana sekarang :) last heard lelaki tu pindah dari MCKK ke sekolah kat melaka.



Tarik nafas


Andai orang bertanya kenapa dia kasar, dia sering salahkan salasilah family .


‘I got two elder brothers, guess kau dah tahu mana aku dapat genetik keras macam batu ni’


Jawapan skema untuk soalan skema mereka mereka yang prihatin dengan dia. jenuh menjawab katanya


tapi dia tahu, bukan salah abang abang dia , perangai dia serupa tomboy. she got choices. And she chose to be bold, not brittle.


By time, dia belajar banyak benda.


Bercakap jangan guna emosi. Bicara jangan pakai lidah tak ada tulang, pakai akal Allah bagi. Kalau marah, diam. Kalau marah, diam. Kalau marah, diam.


dan sekarang dia masih berusaha untuk berubah pada yang lebih baik. bukan kerana asakan orang. bukan juga kerana desakan ibu yang mahu anaknya jadi perempuan melayu terakhir. bukan juga kerana mahu lelaki suka kat dia.


dia lakukan kerana Allah. hanya kerana Allah. niatnya jelas. cuma kadang kala terpesong, maka tugas sahabat lah untuk menasihatinya.


Eh , penulis, apa enti cuba sampaikan sebenarnya nih??


Oh. Sabar sabar.


Cuma nak cakap. Anda tak boleh kata orang itu hipokrit hanya kerana dia cuba untuk tidak menjadi dirinya sendiri. Sahabat saya asyik ulang, jangan hukum orang kerana masa silamnya.


Setuju.saya punya kisah silam. Awak punya kisah silam. Dia punya kisah silam. Semua orang pernah letak satu titik hitam dalam hidup dia, dan nama saintifik untuk itu adalah kisah silam. Dan kita layak kah nak hukum dia hanya kerana kisah silam dia? Tak. Kita bukan tuhan.


‘kalau kau sibuk tengok kelemahan yang kau ada, buat kira kira sisa jahiliyyah yang kau simpan, kau tak akan sempat analisa kelemahan orang lain, apatah lagi menghukum mandatory dia. Ini equation yang saya pegang dari zaman tomboy saya hingga sekarang.


Kalau dulu dia keluar dengan pakaian kebangsaan dia, jeans, sweater, selipar flip flop. Sekarang mungkin dah berubah hampir 180 darjah.


Jubah disarung untuk tutup auratnya. Sweater ditukar pada yang lebih loose. Tudung bawal ditukar pada tudung yang lebih labuh sedikit. Cuma masih mahu stick dengan jeans dan sneakers dia. Dia rasa tak salah. Jeans dipakai di dalam jubahnya. Siapa mahu lihat? Sneakers masih di hatinya. Tak mampu tinggal. Rasa cramp kaki kalau pakai ladies shoes.


“Ceh budak tu, bajet alim la tu. Padahal dulu bukan macam tu !”


Ish ish tak elok tau. Cuba tengok diri kita dulu. Dah cukup sempurna kah untuk menghakimi mereka yang cuba berubah?


Tahukah anda, salamatussodri [berlapang dada ] tu antara serendah rendah ukhuwwah? Belum kira husnuzzon [berlapang dada] lagi. Now check, tahap ukhuwah kita di mana? *menangis laju laju


At least dia cuba berubah. Kita?


Stagnant je. Remain dormant macam certain bacteria. Bila kita nak berusaha untuk bangun dari tidur?


Maka jom la usaha sama sama, jangan stagnant lama sangat. Takut hati keras.


Kalau dulu malas nak solat jemaah, maka paksa diri untuk panggil sahabat sahabat solat sama2. Pahala 27 dengan 1. Do the math. Logik?


Kalau dulu masuk winter payah nak bangun pergi masjid solat subuh, paksa diri untuk bangun. Kalau tak kuat macam mana nak didik anak isteri nanti? Tak payah guna ayat manis manis pun, lelaki yang hatinya terpaut pada masjid inshallah dah boleh bagi akhawat cair okay. Yang akhawat pulak, kalau masuk winter payah benar nak keluar dari Saratoga, paksa diri jugak. Macam mana nak kejutkan anak nanti bangun subuh? T__T


Kalau dulu payah benar lah kan nak husnuzzon, maka sekarang usaha baik2. Kalau terlintas yang tak elok,istighfar cepat2. Allah Maha Halus :)


Kalau sekarang ada hati hati yang sedang sakit hati, lower your ego, minta maaf. abang saya selalu pesan, even kalau gaduh bukan sebab salah kita, no crime pun mintak maaf dulu. Kau tak kalah, malah kau pemenang sebenarnya. Pahang dok?


dan please please please. jangan bantutkan semangat orang yang nak berubah. tak mahu sokong cukup utk tidak menyusahkan. dia lebih hebat dari anda yang stagnant tak mahu berubah seakan sudah confirm masuk syurga dengan kopiah putih tudung labuh anda. dia sedang bertatih menuju Allah dan Allah tahu itu. anda?


Dan abang pernah pesan ; ‘hidup kalau tak susah, baik tak payah hidup’


:)


Senyum lagi


End


#nak senyum banyak banyak banyak banyaaaakkkkkkk. Kena compensate senyum saya yang sudah seminggu hilang. Kesian sahabat2 kena hadap muka problem saya :(


#nak sayang ibu ayah lebih lebihhhhhh lagi. Homesick homesick T_T


#paling penting. Nak sayang Allah lebih lebihhhhhh sangat sangat amat lagi ! Ya Allah, dengar la aini nak cakap ni , I heart YOU :’)


#Kalau jumpa depan depan dengan saya, please jangan cakap anda baca blog saya. Tahap malu saya waktu itu mahu sampai takat didih tahu? T__T


#andaiku pergi-mirwana


#saya mahu dia yang dah tertulis di luh mahfuz, sayang saya hingga tak sanggup lihat saya dicampak dalam neraka. Cuma mampu berdoa sifat yang dimahukan sahaja ya? Dah tertulis siapa sayap kanan awak kan? Rujuk matan arba’in .


#mode module 8. Bismillah.. go!

3 kumen-kumen:

  1. [mode jiwang]

    my future 'imam' - nice post :)

    inshaAllah.
    gudluck exam mcq. Rabbuna yusahhil.

    ReplyDelete
  2. patut kena doa dari kecik lagi kan?kan?

    tapi nak doa kat Allah tu punyaaa laa segan tutup tutup muka . malu .huhu

    inshallah moga najah semua. ameenn ya rabb

    ReplyDelete
  3. nice:)
    ade pengajaran yang boleh diambil..:D

    ReplyDelete