Tuesday, November 29, 2011

fitrah dan hijrah


Semalam.

Dan semalam yang sebelumnya

Dan semalam yang sebelum darinya

Berminggu minggu rasanya

Hidup dia macam kapal dilanda tsunami

Terumbang ambing

Kalau ikut bahasa dramatiknya, macam dah sepenuh nyawa dia pertaruh dalam medan ujian kali ini

Tak mengapalah, kata dia.

Inikan tarbiyyah dari Allah. Dia senyum pahit


Masih ada sisa keresahan dan gelisah juga kesedihan saat ujian datang menjengah

Masih cuba bersabar. Support system dicari. Dia perlukan sahabat !

Bukan, bukan sahabat yang Cuma mampu memujuk dengan kata kata manis

Dia mahu sahabat yang lembut menegur jika dia tersalah langkah dalam pencak silat masalahnya

Maha suci Allah

Maha suci Allah

Subhanallah

Tidak sampai seketika ujian berjaya dilaluinya

Allah hiburkan hati dengan tarbiyyah DIA

ALLAH ALLAH…

Dah tak terasa beratnya ujian yang dahulu


Dia terpempan seketika saat berjalan turun dari tangga universiti

Betulkah apa yang dia lihat?

Allah Allah

Sungguh, sahabatnya yang seorang ini memang sangat kuat

Moga Allah beri dia kekuatan seperti mana sahabatnya yang seorang ini mampu kuat sehingga ke tahap ini

Dalam sebak dan jatuh air mata dia cuma mampu berdoa semoga sahabatnya kuat dan mampu istiqamah dalam perubahannya kali ini.

“kalau bukan isteri isteri Rasulullah kita kena ikut, siapa lagi? Peliharalah selagi termampu kerana akhir zaman ni terlalu banyak lelaki fasiq’

Allah

Dari zaman sekolah lagi sudah ada yang menegur. Hingga sekarang masih ada yang menyuarakan pendapat

Tapi dia tak mahu berubah hanya kerana orang menyokong

Biarlah akhlaknya diperbetul dahulu

Mana yang kurang ditambah dahulu

Mana yang luka dirawat dahulu

InshaALLAH

Moga Allah beri kekuatan. Pada sahabatnya seorang itu, dia, dan seluruh umat islam


Tarik nafas


Sahabat sahabat

Jom kita semua sama sama berubah pada yang lebih baik

Saya akui, dari segi apa pun, perubahan itu payah, susah, perit

Been there. Dah pernah rasa dah

Sumpah tak mudah.

But I am not a good loser. So do you, aren’t you?

Teruslah berjalan andai tak mampu berlari. Teruskan bertatih andai berjalan masih terjatuh lagi.

Malahan tiba satu tahap mungkin anda akan di condemn sahabat atau keluarga sendiri

Fahamilah tika itu, Allah mahu menguji di mana letak duduk kata cinta kita lafaz untukNYA

Islam tetap yang teratas. Allah tetap yang tertinggi melebihi sahabat family dunia dan segala isinya

Dan andai kamu tahu, senyum saya tatkala melihat kamu berjalan berdua duaan dengan dia, bukan bermakna saya menyokong perbuatan kamu. Saya benci apa yang kamu lakukan. Tapi saya sayang kamu kerana kamu saudara seaqidah saya.

Indah kan islam?

Membenci perbuatan bercanggah dengan islam itu selemah lemah iman, tapi masih lagi menjaga ukhuwwah antara kita. Saya sayang anda, tapi bukan perbuatan anda.

Wake up sahabat. Wake up.

Berhijrahlah.

Berubahlah

Sahabat saya mampu berubah hingga ke tahap itu. Kita bagaimana?

Masih mahu memperhatikan mereka yang berlumba lumba mengejar redha Allah sedangkan kita masih leka dan hanyut dengan dunia yang tiada apa apa ini?



Wake up !


Puas kurayu, puas kuseru,

jawapanmu tetap yang dulu.
Oh, sukarnya mengajakmu!
Namun, kasihku padamu cukup padu,
lantaran itu,

aku kan terus menyerumu,
pada yang Satu.
Kugenggam kukuh suatu azimat,
"Kita hanya penyeru, bukan penghukum."

Ya Allah, kuharap bantuan-Mu mengiringiku.
Seru dan terus menyeru,
itu tugas Rasul-Mu,
akan kuteruskan semampuku,
hingga ke hujung waktu [quoted]


Awak, cinta si dia tak kekal lama awak

Cinta si dia belum halal untuk awak

Sedarlah

Andai dia benar benar sayangkan awak, dia tak akan mendiamkan diri terus menyokong tatkala melihat awak menanggalkan tudung yang sangat sangat indah bila awak pakai waktu ke kuliah

Cinta dia tak mampu mengatasi kasih Allah pada awak.

dia tak mampu beri nyawa pada awak

dia tak mampu meneruskan degup jantung awak

dia tak mampu untuk beri semua yang awak mahu

awak yakin dia mampu tarik awak masuk syurga?


tapi Allah mampu.


Allah mampu beri nyawa pada awak dan DIA mampu tarik nyawa awak juga

Allah mampu degupkan jantung awak dan DIA mampu untuk menghentikannya juga

Allah mampu beri awak syurga andai awak benar benar mahu

Dan ketahuilah azab api neraka itu terlalu sangat sangat seksa


"Sedarlah wahai orang-orang yang lalai, sebenarnya kamu tidak ingat kesudahan kamu bahkan kamu sentiasa cintai kesenangan dan kemewahan dunia yang cepat habisnya dan kamu tidak menghiraukan bekalan untuk hari akhirat yang kekal abadi kehidupannya."

(Surah Al-Qiyamah: 20-21)


mungkin dah tiba masanya untuk awak keluar dari dunia itu

dunia yang tak menjanjikan walau sebesar zarah pun kejayaan di akhirat

dan saya akan sentiasa dan sentiasa sokong awak

dan yang paling penting, Allah sentiasa ada bersama mereka yang mahu berubah pada kebaikan. Percaya itu.


Ya Allah, even when everyone leaves my side, let me take comfort in the fact that

You are closer to me than my jugular vein [50:16]



Nothing beautiful is created without struggles. You want your heart to be beautiful but you forget that a diamond is created by heat and pressure, and pure gold is made by heating. [quoted]

[saya juga seperti awak, pernah diuji dengan ujian hati sebegini. Fact: seriously tak mudah langsung. Memang kena kuat semangat. Believe me, Allah sedang memerhatikan bagaimana awak uruskan perasaan itu. Serious, ada sesuatu yang sangat manis awak akan dapat bila awak berusaha untuk urus perasaan itu. Rasa kasih dan sayang pada berlawanan gender ni fitrah, dan apa yang awak rasa, itu kurniaan Allah. Tapi kurniaan ini jangan salah guna, uruslah sebaiknya :) ]


p/s: I love you, because of Allah… :)


p/ss: kenapa saya terlalu ambil peduli soal hijrah berubah semua ini? Sebab saya pernah rasa gelapnya dahulu dunia jahiliyyah saya. Saya pernah rasa dan saya peduli dengan rasa itu.


p/sss: dan perubahan saya masih belum berhenti. Moga Allah beri kekuatan untuk terus berubah dan terus melangkah. Moga saya tidak manja lagi dalam medan mujahadah ini. Moga saya , ohh, dan juga awak, tak lelah dalam arus perubahan yang jelas jelas menentang norma masyarakat tika ini. Moga moga. :)


p/ssss: dah dua kali masak nasi mentah. Apa hal dengan aku ni T____T

4 kumen-kumen:

  1. Alhamdulillah....when u decide to change...Allah the first one will offer u that place~

    ReplyDelete
  2. :') syukran awak. syukran sangat sangat. tak mampu nak gambar betapa contradict-nya aini dulu dan sekarang. support system, itu paling penting :)

    ReplyDelete
  3. salam. ana syg enti jugak kerana ALLAH. sgt perlukan sahabat macam enti. jazakillah khair ats sokongan. betul, hijrah bukan bnda mudah, tp smpai bila kita nak berada dalam takuk lama? (dush kat diri sendiri) insyaALLAH., doakan yang terbaik untuk ana, enti n sahabat2 smua.. :)

    ReplyDelete
  4. wassalam :) inshallah ikha. inshallah :)

    ReplyDelete