Thursday, October 27, 2011

random #2

if you cant explain it simply, you dont understand it well enough -albert einsten


**

12.17 tengah malam. kek coklat hampir habis . minggu ni saje sudah berapa kali saya makan kek dan aiskrim dan fatirah kedai pak cik depan imarah yang ustazah sumaiyyah suka dan ajak jiran makan kek mahal tepi laut sambil main dengan kucing dan jalan sorang sorang balik rumah sambil merenung masa depan yang tak pasti dan setiap hari tidur lewat sebab siapkan kerja dan tengok kawan lain boleh study dengan happy dan oh ye, sesungguhnya saya dalam tekanan

******

akak , akak ,
janganlah pandang slack kat saya
saya tak ada apa apa dengan ikhwah yang sekali dalam taxi tadi
saya dah lambat pergi kelas sebab saya degil nak sarapan jugak sambil rilek rilek bukak laptop dan ohh saya tahu silap saya dan saya dah terdesak sebab kelas lagi 10 minit nak start dan saya makanya terpaksa naik sekali taxi dengan ikhwah tu pun nasib baik dapat taxi
ye la kan akak , faham faham la jalan tram tu pagi pagi jam macam kat kl
akak jangan risau, saya akan cuba berjalan kaki di musim winter yang sungguh sejuk dan nyaman lagi berangin kuat ini bagi mengelakkan kejadian tadi berlaku lagi
janganlah pandang saya macam saya ada affair pulak T__T

*****

dekat mana nak cari sarung tangan warna hitam yang akhawat mesir selalu pakai tu ? tak suke :(

*****

awak, awak, mari la kita raikan perbezaan kita ya. :)

****

kamu, kamu
saya tak hidup atas muka bumi ini untuk puaskan hati dan pandangan serta expectation kamu pada saya :)
saya pun tak rasa nak 'beriman' dengan apa yang kamu beritahu saya
saya juga tak terasa lagi setakat ini nak berpakaian decent untuk kamu. ohh tidak tidak. saya cuma mahu pandangan dan perhatian Allah. pandangan kamu? mahu saya bacakan tentang kewajipan 'ghoddul basar' untuk kita semua ? :)
atau mungkin boleh saya ceritakan tentang keseronokan memakan daging saudara sendiri pada kamu?
ohh :( moga saya dan kita semua tidak tergolong dalam golongan ini !
saya yakin 'salatoh' mesir lagi sedap dari daging saudara kita :D

hmm mungkin saya kena post satu entry khas untuk membersihkan pandangan kamu semua pada saya. kita lihat maslahah di mana yang lebih luas :)

*****

awak, awak
saya mahu awak faham sequence ini
saya cuma membenci perbuatan awak, tapi saya sayang awak :)
maka andai saya ada menegur maka bukanlah bermakna saya membenci awak atau jauh sekali cukup sempurna sebagai manusia
:(
i love u, fillah inshallah :)


****

uncle parasit, jangan lah buat perang dingin dengan saya
meh sini saya nak sayang kamu ! :D

****

hai cuti raya haji
dan ohh, hai juga exam selepasnya



~"ada yang perlu dijauhi bagi memberi tenang di dalam hati. ada yang perlu didekati untuk mencari erti makna diri. tapi jangan lupa Tuhan yang abadi yang tak membenci apa lagi melupai." ~

0 kumen-kumen:

Post a Comment